Sila masuk ke Bilik Berita Sains dan Teknologi. Download Wallpaper percuma buatan Malaysia. Free Wallpapers

Sabtu, April 26, 2008

Bumi ini diramal akan musnah pada 2019

Berita ini adalah sebuah berita lama, tetapi sekadar peringatan kembali dan info kepada yang masih tidak tahu. Sama ada akan berlaku atau tidak, NASA telah meramalkan bahawa Bumi ini akan musnah pada 1 Februari 2019. Sekumpulan saintis yang menggelarkan mereka LINEAR team telah menemui asteroid bernama 2002 NT7 pada 9 Julai 2002. Ukur lilitnya sebesar 1.24 batu dan kekuatan hentamannya lebih kurang 1 juta megaton letupan, cukup untuk memusnahkan sebuah benua.

Pemerhatian terus dibuat terhadap asteroid ini dan ianya mungkin akan dilaporkan dari semasa ke semasa. Walaubagaimana pun tahun 2019 masih jauh di hadapan, ada lagi yang perlu dibimbangkan iaitu George W.Bush atau Korea Utara atau mana-mana negara memulakan Perang Nuklear.

Apa-apa pun hanya Allah S.w.t Yang Maha Mengetahui. Saintis-saintis hanya meramalkan hentaman dari asteroid itu mengikut ujikaji semasa dan mungkin akan berlaku dan mungkin tidak. Semoga ianya menjadi tanda peringatan kepada diri kita yang sentiasa lalai dengan kehidupan dunia.





Baca selanjutnya ......

AddThis Social Bookmark Button

Selasa, April 22, 2008

Alkohol boleh meningkatkan risiko kanser payudara

Walaupun hanya sekali atau dua kali minum dalam sehari, alkohol tetap memberi risiko kepada kebanyakan jenis biasa ketumbuhan dalam payudara yang diaktifkan dengan hormon estrogen dan progesteron, menurut satu kajian terbesar mengenainya. Kajian kedua pula menunjukkan yang beberapa perubahan tertentu dalam 2 gen terlibat dalam memetabolismakan alkohol adalah berkaitan dengan bertambahnya risiko untuk kanser payudara dalam wanita post menopause.

Kajian ini telah dilaporkan oleh WebMD. "Cantiknya kajian ini adalah ia memberitahu kita sesuatu tentang mekanisma ini, yang mana alkohol boleh meningkatkan risiko kanser payudara", kata Elizabeth Platz, ScD , seorang pakar dalam pencegahan kanser di Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health.

Sesetengah kanser payudara dijanakan oleh hormon, manakala setengah yang lain tidak. Pengkaji-pengkaji telah membuat review sejumlah 184,418 data dari wanita-wanita postmenopause, yang telah menjawab soalan-soalan tentang berapa banyak dan apa jenis alkohol yang mereka ambil setiap hari.


Olahan dari berita CBSNews


Begitulah sejak kedatangan Islam, AlQuran telah melarang meminum arak dan minuman-minuman yang memabukkan termasuk minuman beralkohol. Larangan-larangan itu ada hikmahnya kerana Islam tidak melarang dengan sia-sia, tetapi untuk kebaikan manusia juga. Kerana pencipta kita iaitu Allah S.w.t Maha Tahu mana yang sesuai dan mana yang tidak untuk kita. Larangan-larangan dari Allah adalah untuk kebaikan manusia tetapi manusia sendiri yang ego dan engkar tidak mahu mentaatinya.

Larangan meminum minuman keras bukan sahaja memberi mudharat pada kesihatan kita, tetapi jua memberi mudharat pada akal dan hati kita. Apabila kita mabuk, maka segala kejadian tidak diingini bila-bila masa boleh berlaku. Dengan mabuk ini akan membawa kita melakukan kejahatan-kejahatan lain di luar sedar kita.

Arak bukan penyelesai kepada masalah malah ia dapat menimbulkan lagi banyak masalah. Arak bukannya suatu bahan terbaik untuk kita dapat bertenang.

"Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang", Surah Ar Ra'd : Ayat 28.
"Berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.", Surah Al Anfal : Ayat 45.

Semoga kita dapat mengambil pelajaran bersama. Wallahu a'lam


Baca selanjutnya ......

AddThis Social Bookmark Button

Western Digital perkenalkan Cakera Keras paling laju

Pada hari Isnin iaitu semalam, Western Digital telah memperkenalkan apa yang dikenali sebagai cakera keras SATA yang terpantas di dunia. Ia mempunyai kelajuan pusingan cakera selaju 10,000 rpm, mengatasi kelajuan paling laju sebelum ini di tahap 7,200 rpm.

Cakera keras Ultra-Fast VelociRaptor WD ini tidaklah berkapasiti besar seperti cakera-cakera keras terkini, kerana keupayaan storannya hanya 300GB. Tetapi kelebihannya adalah pada kelajuan pusingan cakeranya yang membolehkan data dibaca dengan lagi laju.

Pemacu ini disertakan bersama-sama Icepack yang mana Icepack adalah mounting frame 3.5 inci dengan heat sink terbina dalam. Maka secara ringkasnya cakera keras Ultra-Fast VelociRaptor ini datang dengan prestasi 10,000 rpm, antaramuka SATA 3GB per saat, 16MB cache terbina dalam dan beberapa keistimewaan lain.

Cakera keras baru itu dijangka dapat diperolehi dari pengedar-pengedar WD bermula pada pertengahan Mei ini dengan harga cadangan USD$299.99. Western Digital telah amat dikenali sebelum ini sebagai salah satu jenama cakera keras yang mempunyai kelebihan dalam keupayaan tahan panasnya. Tahan panas bermakna dapat pasang lama sesebuah PC dan jangka hayatnya pun insyaAllah tahan lama.


Sumber : Laporan berita dari Channel Web


Baca selanjutnya ......

AddThis Social Bookmark Button

Sabtu, April 19, 2008

Makam Firaun Seti I lebih besar dari yang disangka

<-- Patung kuarza yang dijumpai dari makam Seti I.

Para ahli arkeologi Mesir telah mendapati bahawa makam Firaun Seti I - iaitu makam terbesar di Lembah Diraja - adalah lebih besar dari yang dijangkakan. Kumpulan pengkaji itu mendapati ia sepanjang 446 kaki (136 meter). Giovanni Battista Belzoni yang sebelum ini menjumpai makam tersebut pada tahun 1817 , mengatakan ianya sepanjang 328 kaki (100 meter).

Penemuan ini menjadikan ianya adalah makam yang terbesar dan terowong yang terpanjang pernah dijumpai di Lembah Diraja Mesir. Seti I itu telah memerintah Mesir dari tahun 1292 hingga 1313. Ianya bukan sahaja dikagumi pada saiznya, tetapi juga seni pada dinding-dindingnya.

Orang-orang Mesir purba biasanya tidak mendirikan sesuatu tanpa sebab. Dan terowong itu dipercayai menghala ke suatu tempat yang penting. Beberapa artifak lain turut ditemui dalam makam itu.

Lembah Diraja Mesir mempunyai banyak lagi misteri dan banyak lagi usaha penggalian akan dilakukan untuk membongkar makam-makam diraja....... Wallahu a'lam


Baca selanjutnya ......

AddThis Social Bookmark Button

Ahad, April 13, 2008

Wakil rakyat Malaysia dikehendaki mempunyai blog

Beberapa wakil rakyat parti pemerintah Malaysia dimestikan mempunyai blog sendiri, kata laporan rasmi Jumaat lalu. Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada pemimpin-pemimpin lama akan digesa mempunyai blog juga atau tidak untuk meniru pihak pembangkang seperti Lim Kit Siang dari DAP yang mempunyai web journal yang begitu popular.

Keputusan ini diambil sempena dengan kekalahan besar BN dalam banyak kerusi pada pilihanraya yang baru lalu kerana mereka memandang ringan dengan kempen secara online. Kata Abdul Rahman Dahlan, semua calon mesti mempunyai blog. Jika tidak mereka tidak akan layak untuk bertanding.

Bantuan akan disediakan kepada anggota parti itu yang tidak pandai membikin blog. Adakah dengan mengerahkan semua pemimpin parti membikin blog akan mengubah nasib UMNO? Apakah hujjah mereka untuk kembali meyakinkan rakyat terhadap pemerintahan mereka yang sebelum ini terlalu banyak korupsi dan ketidak-adilan? Kita saksikan sendiri nanti hasilnya.



Baca selanjutnya ......

AddThis Social Bookmark Button

Perhatian: Dibenarkan menyalin mana-mana kandungan dalam laman ini untuk tujuan sebaran am dengan menyertakan link ke sini. Sebarang kesilapan harap dimaafkan kerana sebahagian besar kandungan pada laman ini adalah hasil terjemahan dari Bahasa Inggeris. Segala bahan bacaan di sini tidak semestinya melambangkan fikiran pihak kami. Ia hanya bahan berita yang boleh sama-sama kita fikirkan mana yang baik dan mana yang buruk. Apa yang baik jadikan tauladan dan apa yang buruk jadikan sempadan. Sebarang komen adalah dialu-alukan. Terima kasih.

Paparan terbaik adalah pada resolusi 1024 x 768 dengan menggunakan pelayar web

Television Streaming
| | |


Link Panas | Friendly Links | Chatroom | Free Blogger templates | Radio Nasyid.FM